January 13, 2016

Restoran Rimba Klasik musnah

Keadaan Restoran Rimba Klasik di Seksyen 10, Bangi, yang musnah. - Foto BERNAMA

Bangi: Seorang pengusaha restoran di sini, kerugian hampir RM500,000 selepas premis perniagaannya musnah terbakar hari ini.

Kebakaran kira-kira jam 1.50 petang di Restoran Rimba Klasik, Seksyen 10, Bandar Baru Bangi, itu bagaimanapun tidak membabitkan kematian atau kecederaan.

Ketua staff restoran, Samsaniar Osman, 50, berkata kejadian disedari seorang daripada enam pekerja yang mendengar bunyi letupan kecil ketika berehat di sebuah bilik di premis itu lalu mengejutkan rakan-rakan yang sedang tidur sebelum bergegas keluar dan nampak api marak di di tengah restoran.

"Walaupun keseluruhan restoran musnah, saya bersyukur semua pekerja selamat," katanya yang ditemui di restoran itu.

“Saya mendapat panggilan mengenai kebakaran itu ketika berada di rumah di Sungai Merab tetapi tidak sanggup datang kerana fobia melihat api," katanya yang hanya datang selepas bomba selesai memadamkan kebakaran.

Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba Bandar Baru Bangi digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 1.59 petang dan dibantu anggota dari Balai Bomba Serdang dan bomba sukarela Bangi. - Bernama

myMetro 12 Januari 2016



0 comments:

Post a Comment