January 28, 2016

Penuntut Malaysia di India maut kemalangan


Putrajaya: Kementerian Luar mengesahkan penuntut Malaysia, S Uthaya Kumar maut kemalangan jalan raya di Chitradurga, Kanataka, India, semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, mendiang adalah penuntut tahun tiga Manipal Campus India yang mendapat tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Kolej Perubatan Manipal Melaka (MMMC).

Katanya, dalam kejadian antara 11 malam hingga 12 tengah malam di Chitradurga, kira-kira 600 kilometer (km) barat dari Chennai itu, motosikal yang dibonceng mangsa terbabit dalam kemalangan dengan bas.

"Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kerajaan Chitradurga. Pegawai konsulat dan pegawai JPA dari Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai dalam perjalanan ke hospital berkenaan untuk melawat dan menguruskan jasad mangsa.

"Kementerian Luar dan Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Uthaya Kumar dan bersedia memberi bantuan kepada keluarga mendiang,"katanya.

myMetro 28 January 2016



0 comments:

Post a Comment