January 13, 2016

Penunggang maut motosikal dilanggar kereta

SIK - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Kebangsaan Haji Hussin, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata Mohd Yusuf Ahmad, 55, meninggal dunia di Hospital Sik akibat kecederaan di bahagian kepala.

"Mangsa yang dipercayai dalam perjalanan dari Parit Panjang menuju ke Kampung Tupai dilanggar sebuah kereta dari arah belakang pada pukul 7.15 pagi.

"Pemandu kereta berkenaan menghantar mangsa ke Hospital Sik namun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital itu," katanya kepada Bernama.

Mohd Ismail berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

11 Januari 2016

0 comments:

Post a Comment