January 3, 2016

Peniaga terkejut letupan dari dalam tanah

Anggota bomba memeriksa kesan letupan pada lubang.

Seorang peniaga yang melayan pelanggan terkejut apabila berlaku letupan diikuti percikan api dari dalam tanah berhampiran gerai makannya di Taman Pekan Baru, semalam.

Dalam kejadian jam 11. 45 pagi, lelaki terbabit Ismail Amin, 38, mendakwa melihat kepulan asap sebelum satu letupan kuat berlaku.

Ismail berkata, ketika kejadian, dia berada di gerai sebelum berlaku letupan dengan percikan api dari dalam tanah selepas melihat kepulan asap.

Katanya, sebelum ini, letupan sama pernah berlaku beberapa kali dan terakhir jam 11 malam kelmarin, namun tidak kuat.

myMetro 3 Jan 2016




0 comments:

Post a Comment