January 11, 2016

Pemandu maut potong tak lepas

KEADAAN van yang terbabit dalam kemalangan, kelmarin.

Georgetown: Seorang lelaki berusia 41 tahun maut selepas van dipandunya merempuh Toyota Vios yang datang dari arah bertentangan di Jalan Masjid Negeri, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.12 tengah malam, van Toyota Hiace dipandu mangsa, N See Aik dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan, tetapi gagal lalu memasuki lorong bertentangan.

Difahamkan, van yang datang dari arah Jalan Scotland itu gagal dikawal sebelum merempuh kereta yang datang dari arah Masjid Negeri.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kenderaan mangsa terbabas lalu memasuki laluan bertentang sebelum bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa maut akibat parah dan mayatnya dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

myMetro 10 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment