January 3, 2016

Pemandu maut kereta terbabas

KEADAAN kereta dinaiki mangsa. FOTO ihsan Bomba

Taiping: Pelajar Politeknik maut manakala tiga rakannya cedera selepas kereta dipandunya terbabas memasuki longkang di kilometer 68.6 Jalan Sitiawan-Taiping, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa berusia 21 tahun maut di tempat kejadian selepas parah di bahagian kepala manakala tiga rakannya yang juga berusia 21 tahun mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari arah Trong menghala ke Sitiawan hilang kawalan ketika melalui satu selekoh.

Katanya, akibat gagal dikawal, kereta berkenaan terbabas memasuki longkang sebelah kiri jalan menyebabkan pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping (HT) manakala tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

"Kesemua mangsa adalah pelajar politeknik dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

myMetro 3 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment