January 23, 2016

Pemandu lori lemas

Anggota bomba berusaha membawa naik mayat mangsa. FOTO ihsan bomba

Petaling Jaya : Seorang pemandu lori sebuah syarikat akhbar berusia 40 tahun dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam tasik Taman Jaya berdekatan Amcorp Mall, di sini, kira-kira 5.17 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.17 petang dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7 tiba di lokasi kejadian 11 minit kemudian.

Katanya, selepas melakukan operasi pencarian, mayat mangsa berjaya dibawa naik pada 5.36 petang dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak hospital.

"Mangsa dikenalpasti sebagai A Clement dan berasal dari Taman Tenaga, Cheras berdasarkan kad pekerja yang ditemui di lokasi kejadian. Dia dipercayai bekerja sebagai pemandu lori sebuah syarikat akhbar.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

myMetro 22 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment