January 13, 2016

Peluk dari belakang, raba kemaluan

Kajang: Lelaki warga Nepal ditahan selepas mencabul wanita tempatan yang mempromosikan kad prabayar di restoran di Bandar Tasik Kesuma, di Beranang, kelmarin.

Dalam kejadian 8.30 malam, mangsa berusia 23 tahun itu dipeluk dari belakang.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, suspek berusia 21 tahun itu meraba kemaluan dan bahagian dada mangsa menyebabkan mangsa meronta dan menjerit.

"Tiga rakan kerja mangsa yang melihat kejadian itu, terus menahan suspek dan membawa ke balai polis," katanya ketika ditemui, petang tadi.

Menurutnya, suspek yang bekerja di kilang berhampiran lokasi kejadian ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

myMetro 12 January 2016

0 comments:

Post a Comment