January 31, 2016

Pelajar patah kaki dihempap konkrit

Mohd Riduan menerima rawatan awal selepas kakinya dihempap konkrit. FOTO ihsan pembaca

Beaufort: Pelajar lelaki tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort 1 patah kaki kanan akibat dihempap dinding konkrit ketika bermain di pondok lama sekolah itu, pagi tadi.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, Mohd Riduan Fotri Ramli dibawa ke Hospital Beaufort menggunakan ambulans untuk dirawat.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama tiga rakannya bermain di pondok lama yang sudah tidak digunakan kerana tidak mempunyai bumbung.

Ketika mereka menolak-nolak dinding konkrit di kawasan itu, pengawal keselamatan yang melihat menegur kerana bahaya.

Bagaimanapun, tiba-tiba dinding konkrit runtuh itu lalu menghempap kaki mangsa.

Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip berkata, guru dan beberapa pelajar yang dimaklumkan mengenai kejadian itu segera mengalihkan dinding konkrit berkenaan sebelum menghubungi pihak hospital.

"Mangsa yang patah kaki kanan kemudian dibawa ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

myMetro 29 Jan 2016


0 comments:

Post a Comment