January 18, 2016

Padah libas ibu guna kain basahan

KOTA BHARU – Seorang pendawai elektrik menerima padah selepas dia dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan mencurah air dan melibas ibunya dengan kain basahan kerana menegur perbuatan membawa balik teman wanita ke rumah mereka.

Majistret Mohd. Firdaus Zainal Abidin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Afisma Baharudin, 40, selepas dia mengaku bersalah di atas kedua-dua pertuduhan.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kesakitan dan kecederaan kepada ibunya, Zah Hussin, 60, dengan memukul belakang mangsa menggunakan kain batik basahan hingga mendatangkan cedera dan sakit awal Januari lalu.

Kosmo 17 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment