January 31, 2016

Mayat nelayan ditemui

Anggota bomba dan penduduk kampung mengangkat mayat Abdul Sani untuk dibawa ke hospital. FOTO Hassan Omar

Alor Gajah: Mayat nelayan dipercayai meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dijumpai terapung di perairan sekitar tiga batu nautika dari Pantai Teluk Gong, Kuala Sungai Baru, di sini, petang tadi.

Mayat Abdul Sani Gembor, 51, dijumpai beberapa nelayan yang melancarkan gerakan mencari dan menyelamat, selepas seorang nelayan Isa Baba, 48, menjumpai perahu gentian kaca dan jaring udang mangsa, terapung di perairan terbabit.

Nelayan, Mohd Kaus Baba, 54, berkata, dia dan beberapa nelayan menjumpai mangsa terapung kira kira dua batu nautika dari perahu mangsa yang dijumpai pada 4.30 petang tadi.

"Mayat rakan saya itu kami jumpai dalam keadaan terapung. Kami angkat naik ke dalam bot dan membawanya ke jeti," katanya ketika ditemui di Jeti Nelayan Telok Gong.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.

myMetro 29 Jan 2016




0 comments:

Post a Comment