January 14, 2016

Mayat kepala pecah ditemui hanyut

ANGGOTA bomba membawa naik mayat. FOTO ihsan Bomba

Banting: Mayat seorang lelaki dengan sebahagian kepalanya pecah ditemui hanyut di Sungai Langat, Kampung Teluk Bunut, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mayat lelaki terbabit ditemui orang awam yang berada di kawasan tepi sungai berkenaan sebelum menghubungi bomba.

Beliau berkata, mayat lelaki tanpa identiti itu ditemui dengan bahagian kepalanya pecah dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih tiga hari lalu.

"Lelaki terbabit hanya memakai seluar jeans dan baju T berwarna hitam dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri. Bagaimanapun, mayat itu hanya dapat dinaikkan ke darat pada 5.50 petang kerana keadaan arus air sungai yang deras ketika operasi.

"Mayat itu ditemui dalam keadaan meniarap di tebing sungai dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

myMetro 13 Jan 2016





0 comments:

Post a Comment