January 11, 2016

Mayat dalam bilik hotel


Kota Kinabalu: Lelaki warga emas ditemui mati dalam bilik Hotel Kinabalu Daya, Jalan Pantai, di sini, petang tadi.

Mayat Abdul Gaffar Mohd Yassin, 68, ditemui terbaring di lantai bilik berkenaan pada 2.27 petang oleh kakitangan hotel yang melakukan kerja pembersihan dan mengemas bilik.

Turut ditemui beberapa jenis ubat di atas katil bilik itu dipercayai milik mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat dan disahkan meninggal dunia akibat darah tinggi dan diabetis," katanya.

myMetro10 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment