January 31, 2016

Maut ditetak dengan parang

ANGGOTA polis membuat siasatan. FOTO Azma Razana Johari

Batu Kawan: Pemandu van kilang maut selepas ditetak sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang di Taman Crescentia di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 8 pagi tadi, mangsa M Sugenthiran, 27, maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Bakap.

Difahamkan, mangsa baru selesai menghantar pekerja kilang balik dari tempat kerja sebelum mahu pulang ke rumahnya kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

Menurut sumber, apabila tiba di persimpangan lampu isyarat, van mangsa ditahan sekumpulan lelaki yang menaiki kenderaan kenderaan pacuan empat roda sebelum menetak tangan kanan mangsa.

Katanya, mangsa berlari ke taman perumahan berkenaan untuk meminta bantuan sebelum dihantar ke hospital oleh ahli keluarganya.

myMetro 29 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment