January 22, 2016

Mangsa pertama denggi di Negeri Sembilan

Seremban: Suri rumah menjadi korban pertama denggi di negeri ini apabila meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, minggu lalu.

Mangsa berusia 63 tahun disyaki terkena gigitan aedes di rumahnya di Mambau, dekat sini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS), Dr Abdul Rahim Abdullah berkata, wanita itu adalah mangsa pertama denggi selepas penularan wabak berkenaan di beberapa negeri.

"Kita turut merekodkan satu lagi kematian membabitkan wanita berusia 34 tahun dan dipercayai denggi. Namun, siasatan masih dijalankan kerana rekod kesihatan menunjukkan mangsa turut mengidap penyakit lain," katanya.

Abdul Rahim berkata, sejak awal tahun sehingga 18 Januari lalu pihaknya merekodkan sebanyak 229 kes denggi berbanding 81 kes tempoh sama tahun lalu.

"Seremban dan Nilai adalah daerah tertinggi diikuti Port Dickson dan Kuala Pilah, Jempol serta Rembau," katanya.

myMetro 21 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment