January 13, 2016

Makmal dan bilik disiplin

IHSAN Bomba dan Penyelamat

Klang: Empat kelas Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Jalan Bukit Kapar, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Kelas yang terletak di tingkat dua itu dipercayai terbakar pada 5.30 pagi.

Pengarah Bomba Selangor, Zamri Che Din, berkata pemeriksaan lanjut mendapati tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian pada 5.37 pagi.

"Empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Andalas, Kota Raja dan Pelabuhan Klang dihantar ke lokasi kebakaran.

"Sehingga ini, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor, berkata berdasarkan maklumat awal, kebakaran hanya membabitkan bilik disiplin dan makmal.

Oleh itu, katanya, sekolah akan beroperasi seperti biasa dan tiada murid yang terjejas.

“Kebakaran tidak membabitkan bilik darjah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti biasa," katanya ketika dihubungi.

myMetro 12 Januari 2016



0 comments:

Post a Comment