January 18, 2016

Mahu kaki baru lanjut pengajian


AHMAD (kiri) dan Muhammad menaiki Cruise Tasik Putrajaya, semalam.

Putrajaya: Pasangan kembar siam istimewa, Ahmad dan Muhammad Rosli, 17, kini menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebagai persiapan memakai kembali kaki palsu yang baru.

Mereka mula menjalani rawatan berkenaan sejak September tahun lalu bagi menggantikan kaki palsu lama yang tidak sesuai lagi dipakai.

Ahmad yang dikenali sebagai Along berkata, kali terakhir dia dan adiknya memakai kaki palsu ketika di tingkatan satu sebelum menanggalkannya kerana tidak muat dengan ketinggian dan berat badan.

Menurutnya, sejak itu, dia dan Muhammad menggunakan tongkat untuk bergerak termasuk di rumah dan sekolah.

“Kami inginkan kaki palsu baru bagi memudahkan pergerakan sekiranya ditawarkan melanjutkan pengajian kelak, selain tidak mahu menyusahkan ahli keluarga.

myMetro 17 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment