January 5, 2016

Lelaki rentung kereta langgar rumah kedai

KERETA yang terbabas. FOTO Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: Lelaki ditemui rentung dalam kereta selepas dipercayai terbabas merempuh bangunan rumah kedai di Jalan Kapitan berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, tengah malam tadi.

Kereta dipandu lelaki itu dipercayai dari arah Bandar Seremban menghala ke Sikamat sebelum hilang kawalan dan terbabas merempuh bangunan rumah kedai dua tingkat berkenaan lalu terbakar, kira-kira 12.15 tengah malam.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Timbalan Penguasa Bomba Mohamad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.28 tengah malam dan sebuah jentera serta ambulans unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) membabitkan 10 anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setiba di lokasi api sedang marak. Usaha memadamkan kebakaran dilakukan sebelum menemui lelaki yang juga pemandu kereta itu sudah rentung 80 peratus.

Pemeriksaan awal mengesahkan mangsa meninggal dunia.

"Kami mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mayat mangsa. Bagaimanapun, identiti mangsa belum dapat dikenalpasti dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, untuk bedah siasat.

myMetro 5 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment