January 2, 2016

Lelaki maut motosikal terbabas

Mangsa maut di tempat kejadian selepas motosikal jenis Yamaha 125Z ditunggang terbabas di Jalan Besar Sungai Rengit-Pengerang berhampiran Kampung Lepau, petang kelmarin.

KOTA TINGGI - Seorang pekerja Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) maut apabila  motosikal ditunggang terbabas di Jalan Besar Sungai Rengit-Pengerang berhampiran Kampung Lepau, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa, Norazzman Samad, 21, beralamat di Kampung Simon, Telok Ramunia dalam perjalanan pulang ke rumah, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja hilang kawalan dan terbabas sendiri.

“Motosikal mangsa telah melanggar pengadang di kiri bahu jalan dari arah Pengerang ke simpang Kota Tinggi-Sungai Rengit. Ketika kejadian cuaca hujan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan kawasan luar bandar mempunyai jalan lurus dan garisan putus-putus sebagai pembahagi jalan,” katanya.

Rahmat berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk urusan bedah siasat manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian 1 Januari 2016

0 comments:

Post a Comment