January 13, 2016

Lara 'Myself'

NIK Nur Kamelia gigih mengulang kaji pelajaran sambil ditemani ibu. Gambar kecil, karangan yang ditulis Nik Nur Kamelia yang menjadi viral di laman sosial.

Kota Bharu : “Saya orang miskin, saya selalu bawa duit RM1 sehari. Kalau ada (kelas) Fardu Ain, saya bawa RM2. Ayah saya pula kerja buat rumah batu dan ayah selalu berhutang dengan orang.

“Kalau ayah saya dapat gaji, ayah saya bayar hutang orang lain sampai saya dan keluarga tak dapat makan. Kalau saya tak dapat makan, saya dan adik saya pergi cari ubi kayu.

“Kadang-kadang saya tak dapat makan ubi kayu, saya bagi adik. Saya tak makan pun tak pe.”

Itu antara bait ayat yang dikarang Nik Nur Kamelia Nik Mohd Iruan, 11, ketika diminta guru bahasa Inggeris sekolahnya menulis karangan mengenai ‘Myself’ pada hari kedua persekolahan, minggu lalu.

Karangan menyentuh hati itu ditulis murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Demit berkenaan dalam bahasa Melayu kerana mendakwa tidak tahu menulis dalam bahasa Inggeris.

myMetro 13 Jan 2016


0 comments:

Post a Comment