January 27, 2016

Kaki melecur rumah terbakar

RUMAH dan van musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan bomba

RUMAH dan van musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan bomba

Tuaran: Wanita melecur di kaki kanannya akibat disambar api selepas kediamannya musnah dalam kebakaran di Kampung Tembalang, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 3.15 pagi itu, mangsa Sidah Ajum, 60, yang melecur kemudian dikejarkan ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan 3.23 pagi menghantar dua jentera dan 11 anggota ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah rumah terbakar 90 peratus dan turut terbakar sebuah van.

"Operasi memadam terus dilakukan dan api dikawal daripada merebak 16 minit kemudian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, seorang penghuni di rumah berkenaan dikejarkan ke Hospital Tuaran untuk rawatan selepas kaki kanannya melecur namun keadaan mangsa dilaporkan stabil.

Difahamkan, ketika kejadian terdapat enam penghuni di dalam rumah berkenaan namun semuanya berjaya menyelamatkan diri sebaik menyedari rumah berkenaan terbakar.

myMetro 25 January 2016



0 comments:

Post a Comment