January 13, 2016

Isteri maut, suami cedera

Anggota polis melakukan siasatan di tempat kejadian. FOTO Ruzaini Zulkepli

Kota Kinabalu: Wanita maut, suaminya cedera dalam kemalangan di Jalan Bantayan, Luyang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.45 pagi itu, mangsa, Jolina John, 41, yang membonceng motosikal ditunggang suaminya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan mendapati suami mangsa dipercayai memotong kenderaan di hadapannya untuk masuk ke simpang kanan jalan sebelum terlanggar bahagian hadapan kereta.

"Akibatnya, mereka tercampak dan si isteri yang membonceng motosikal meninggal dunia akibat parah di kepala manakala si suami cedera.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk di bedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

myMetro 12 Januari 2016



0 comments:

Post a Comment