January 31, 2016

Ibu saudara PM meninggal dunia akibat jangkitan kuman

Jenazah Toh Puan Temah Datuk Hussain, ibu saudara kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru kelmarin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Shaikh Ibrahim, Jalan Pusara, semalam.

Toh Puan Temah, 88, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), jam 4.45 petang kelmarin.

Jenazah Allahyarhamah dibawa pulang ke kediaman anak sulungnya, Datuk Jaafar Abdul Aziz di Taman Chendering Utama.

Jaafar berkata, jenazah ibunya dikebumikan selepas solat jenazah di kediamannya, jam 11.30 pagi.

“Sebelum meninggal dunia, Allahyarhamah dimasukkan ke wad HSNZ untuk mendapatkan rawatan selama dua hari sejak Selasa lalu,” katanya.

myMetro 31 January 2016

0 comments:

Post a Comment