January 23, 2016

Hilang kawalan, rempuh, lari

Kuala Lumpur: Tiga terbunuh termasuk wanita manakala tiga parah dirempuh kereta dipercayai BMW dalam kejadian di Jalan Sungai Besi, awal pagi ini.

Mereka adalah sebahagian daripada sekumpulan 15 penganut Hindu yang berjalan dari Senawang untuk ke Batu Caves sempena Thaipusam apabila kemalangan pada 7.30 pagi.

Ahli rombongan, Bala Velusamy, 30-an berkata, ketika mereka sampai di lokasi kejadian, terdapat kereta datang dari arah bertentangan yang tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh enam rakannya.

Katanya, dia dan beberapa lagi rakan sempat mengelak daripada dilanggar dan kereta terbabit kemudiannya terus melarikan diri.

Difahamkan, semua mangsa yang cedera sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.

myMetro 23 Jan 2016


BMW jumpa, pemandu belum


Kuala Lumpur: BMW yang merempuh enam pejalan kaki dan dikatakan menyebabkan tiga daripadanya maut, ditemui ditinggalkan di Lebuhraya Shah Alam (KESAS), kira-kira 1 petang ini.

Pemandu kenderaan berkenaan dikatakan sudah dikenalpasti sebagai Seng Guan Chuan, 20-an, yang bertindak melarikan diri selepas kejadian.

Ketua Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan, berkata BMW terbabit milik seorang perempuan berumur 51 tahun dari Jelutong, Pulau Pinang.

"Wanita berkenaan mengaku kereta miliknya itu digunakan oleh anak lelaki di Kuala Lumpur.

"Polis minta Guan Chuan hadir ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan dan saksi kejadian juga diminta tampil untuk melengkapkan siasatan," katanya.

Pada kejadian awal pagi ini, tiga terbunuh termasuk wanita manakala tiga parah dirempuh BMW terbabit dalam kejadian di Jalan Sungai Besi.

Mereka adalah sebahagian daripada sekumpulan 15 penganut Hindu yang berjalan dari Senawang untuk ke Batu Caves sempena Thaipusam apabila kemalangan pada 7.30 pagi.

Ahli rombongan, Bala Velusamy, 30-an berkata, ketika mereka sampai di lokasi kejadian, terdapat kereta datang dari arah bertentangan yang tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh enam rakannya.

Katanya, dia dan beberapa lagi rakan sempat mengelak daripada dilanggar dan kereta terbabit kemudiannya terus melarikan diri.

myMetro 23 January 2016


Pemandu BMW ditahan

Kuala Lumpur: Pemandu BMW yang merempuh enam individu dan menyebabkan tiga maut, menyerah diri di Balai Polis Tun HS Lee, di sini, pada 7.30 malam tadi.

Sumber polis berkata, lelaki berusia 25 tahun itu hadir ke balai polis selepas dipujuk.

"Suspek hadir ke balai polis selepas polis memujuk dia menerusi telefon bimbit.

"Sejurus selesai dia membuat laporan, polis terus menahannya untuk membantu siasatan.

"Polis akan merekodkan keterangannya dan jika ada keperluan untuk melanjutkan penahannya, kita akan mohon reman," katanya.

Terdahulu, Ketua Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan, dipetik berkata BMW terbabit milik perempuan berumur 51 tahun dari Jelutong, Pulau Pinang.

Penahanan lelaki itu ada kaitan dengan kejadian awal pagi Sabtu, 23 Januari, yang menyaksikan tiga terbunuh termasuk wanita manakala tiga parah dirempuh BMW di Jalan Sungai Besi.

Mereka adalah sebahagian daripada sekumpulan 15 penganut Hindu yang berjalan dari Senawang untuk ke Batu Caves sempena Thaipusam apabila kemalangan pada 7.30 pagi.

myMetro 23 January 2016


Tragedi malang menjelang Thaipusam

Sebahagian peserta rombongan berjalan kaki dari Seremban ke Batu Caves duduk melihat salah seorang mayat rakan mereka yang maut selepas dirempuh sebuah kereta BMW di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Desa Petaling, Kuala Lumpur semalam. Gambar kecil merupakan kereta BMW suspek yang ditinggalkan di Lebuh Raya Kesas.

KUALA LUMPUR – Perjalanan enam penganut Hindu, yang menyertai rombongan berjalan kaki dari Senawang, Negeri Sembilan ke Batu Caves untuk sambutan Thaipusam berakhir apabila tiga daripada mereka maut selepas dirempuh sebuah kereta jenis BMW dalam satu kejadian pagi semalam.

Nahas yang berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Desa Petaling dekat sini itu turut mengakibatkan tiga orang termasuk seorang wanita cedera parah.

Mangsa yang maut, K. Saravanan, 45; S. Papa, 63; dan C. Kannan, 50, manakala rakan mereka yang cedera parah dikenali sebagai Megaswaran, 45; D. Darrshen, 18, dan seorang lagi masih belum dapat dikenal pasti identitinya.

Menceritakan nahas itu, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Annama, 31, berkata, dia bersama lima peserta rombongan berjalan di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan berada pada jarak 50 meter di belakang enam orang yang terbabit dalam nahas itu.

Ujarnya, pada jarak 50 meter itu dia terdengar bunyi rempuhan sebelum ternampak sesuatu berterbangan di udara.

“Saya dan rakan-rakan lain terus berlari dan alangkah terkejutnya kami bila mendapati lima rakan kami sudah terba­ring di atas jalan dan seorang pemuda mengerang kesakitan di dalam longkang,” ujarnya ketika ditemui di Jabatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) semalam.

Menurut Annama, dia bersama rombongan itu memulakan perjalanan pada Khamis lalu dan dijangka tiba di Batu Caves pada pukul 9 malam semalam.

Bagaimanapun, perjalanan yang tinggal kira-kira 24 kilometer ke Batu Caves itu katanya, tidak diteruskan sebalik­nya terhenti di situ gara-gara insiden tersebut.

Mereka merupakan antara 45 penganut Hindu yang mahu menunaikan niat dengan berjalan kaki bermula Khamis lalu dari beberapa buah Kuil di Se­remban menuju ke Batu Caves sempena pera­yaan Thaipusam, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Nadzri Hussain mengesahkan seorang jurujual berusia 25 tahun telah ditahan selepas membuat laporan berhubung kemala­ngan terbabit pada pukul 7.20 malam.

“Pemandu kereta BMW tersebut ditahan selepas membuat laporan di Balai Polis Trafik Jalan Bandar bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Menurut Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S. Markandan, selepas kemalangan pemandu kereta BMW berkenaan meninggalkan kereta lorong kecemasan di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) kira-kira 15 kilometer dari tempat kejadian.

Kosmo 24 Jan 2016


0 comments:

Post a Comment