January 5, 2016

Hangus sekelip mata

Anggota Bomba bertungkus lumus memadamkan api selepas sebuah kereta Perodua MyVi terbakar di Jalan Ipoh menuju pusat bandar raya petang tadi. - Foto dan video GHAZALI KORI

Kuala Lumpur: Walaupun kereta hangus sepenuhnya, seorang pemandu hanya cedera ringan selepas kereta berkenaan terbabas dan terbakar di Jalan Ipoh menghala Kuala Lumpur petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, pemandu kenderaan terbabit dikatakan gagal mengawal kenderaannya menyebabkan ia terbabas dan merempuh tembok pembahagi jalan.

Timbalan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Abu Obaidat Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.56 memaklumkan kejadian itu dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dikejarkan ke lokasi.

"Ketika tiba di lokasi, bomba mendapati kenderaan berkenaan sedang terbakar dan operasi memadam dijalankan.

"Pemandunya sempat menyelamatkan diri keluar dari kereta dan hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi.

myMetro 3 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment