January 5, 2016

Empat kereta, satu bas ekspres berlanggar

Anggota bomba membantu pasukan paramedik memberi rawatan kecemasan kepada seorang mangsa yang cedera. - - Foto Ihsan Bomba

Keadaan sebuah MyVi dan bas ekspres yang rosak. - Foto Ihsan Bomba

Tiga daripada kereta yang terbabit dalam kemalangan. - Foto Ihsan Bomba

Ipoh: Seorang lelaki berusia 30 tahun cedera parah manakala kanak-kanak berusia enam tahun cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah bas ekspres di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) selepas Terowong Menora arah selatan di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba.

Setakat ini belum dapat dipastikan identiti kedua-dua mangsa serta dalam kenderaan yang mereka naiki.

Pengarah Bomba Perak, Datuk Yahya Madis berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.53 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba, dua mangsa yang mengalami kecederaan termasuk seorang lelaki berusia 30-an parah.

"Mangsa berjaya dikeluarkan orang awam dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan," katanya.

myMetro 3 January 2016


0 comments:

Post a Comment