January 13, 2016

Dua parah dua kereta bertembung

KEADAAN kereta yang remuk selepas terbabit kemalangan. FOTO ihsan Bomba

Alor Setar: Seorang lelaki, 24, dan wanita, 25, parah selepas kereta dipandu mereka bertembung sesama sendiri di Kampung Bohor Batu 5½ Hutan Kampung, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 6.10 pagi itu, lelaki terbabit yang memandu kereta Perodua Myvi sementara wanita pula memandu Perodua Viva bertembung sesama sendiri sebaik tiba di tempat kejadian menyebabkan mereka tersepit.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.22 pagi dan tiba di lokasi kejadian 21 minit kemudian.

"Seorang pegawai dan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar membabitkan satu jentera dan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) menjalankan operasi membawa keluar mangsa yang tersepit.

"Mangsa berjaya dibawa keluar kira-kira 25 minit kemudian sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," katanya.

myMetro 12 Januari 2016



0 comments:

Post a Comment