January 21, 2016

Dua kali rogol, cabul anak tiri

KOTA BHARU - Seorang pengawal keselamatan dihadapkan Mahkamah Sesyen Kota Bharu sebentar tadi, atas dua tuduhan merogol dan mencabul anak tirinya pada 2013 dan 2015 lalu.

Tertuduh yang berusia 52 tahun tersebut, bagaimanapun mengaku tidak salah.

Dia didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun di sebuah rumah tanpa nombor di  Kampung Air Terjun, Semerak, Pasir Puteh.

Kejadian rogol pertama didakwa berlaku pada jam 12.30 tengah malam, sekitar November 2013, manakala kejadian kedua didakwa pada jam 12 tengah malam, dalam Disember, tahun sama.

Sementara itu, tertuduh juga berdepan dakwaan di mahkamah majistret, di sini, kerana mencabul mangsa sama ketika berusia 13 tahun juga di lokasi berkenaan, pada jam 2 pagi, 23 Disember, tahun lalu.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 25 Januari depan untuk permohonan jamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias dan Mohamad Firdaous Mohamed Idris di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus dan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed.

Sinar Harian 20 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment