January 13, 2016

Doakan bayi ini

Alor Setar: Bayi lelaki berusia tiga bulan koma selepas mengalami pendarahan dalam kepala ketika berada di sebuah pusat asuhan di Jitra semalam.

Alfateh Ashraf kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah.

Bapanya, Ashraf Abdullah 35 berkata, isterinya Siti MarlinaMd Guzali, 34, menghantar anak mereka kira-kira jam 6.30 pagi dalam keadaan sihat dan ceria.

Katanya, dia pada mulanya menerima panggilan daripada kakitangan pusat asuhan itu pada 12.11 tengah hari semalam memaklumkan anaknya itu demam dan merengek.

"Saya yang bertugas sebagai pensyarah di UiTM Arau, Perlis kemudian segera ke pusat asuhan itu dan terkejut apabila mendapati anak saya dalam keadaan lemah dan terdapat kesam lebam di dagu dan pipi.

"Saya kemudian terus menghantarnya ke hospital swasta di Jitra sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abdul Rahim Abdullah mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

myMetro 12 January 2016


Pengasuh pusat asuhan ditahan

Alor Setar: Wanita berusia 37 tahun yang juga pengasuh di pusat asuhan di Jitra ditahan 3 petang tadi bagi membantu siasatan bayi lelaki berusia tiga bulan yang koma selepas mengalami pendarahan dalam kepala ketika di pusat asuhan itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, perintah tahanan reman akan dipohon esok di Mahkamah Majistret Jitra.

"Bayi itu masih kritikal Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

myMetro 12 January 2016

0 comments:

Post a Comment