January 13, 2016

Didenda RM4,000 cederakan sepupu

Kota Bharu: Buruh didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini tadi selepas mengaku bersalah mencederakan sepupunya dengan pisau.

Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed turut memerintahkan tertuduh, Muhammad Nor Mustaqqim Wan Abdullah, 28, membayar pampasan RM2,000 kepada mangsa.

Tertuduh membayar denda dan pampasan di mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencederakan Wan Fadri Sham Wan Hamid, 44, dengan pisau di depan rumah di Sering pada 7 malam, 29 Oktober 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan jika sabit kesalahan.

myMetro 13 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment