January 11, 2016

Dibedil ketika makan malam

Sibu: Seorang lelaki terbunuh, manakala seorang wanita parah ditembak pada jarak dekat ketika menikmati makan malam bersama tiga rakan di sebuah restoran di Jalan Lanang di sini, 11.15 malam tadi.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Ting Meng Min, 30, manakala wanita yang parah dikenali sebagai Xiao Fen, seorang warga China.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi berkata, hasil siasatan awal tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada persaingan perniagaan dan perebutan kawasan membabitkan kumpulan kongsi gelap.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari beberapa premis berhampiran, kami berjaya mengenalpasti kenderaan pikap jenis Toyota Hilux digunakan penjenayah.

"Usaha mengesan kenderaan terbabit sedang dilakukan. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh," katanya.

myMetro 10 January 2016

0 comments:

Post a Comment