January 13, 2016

'Datuk meninggal dalam tidur'

Kuala Lumpur: “Arwah tidak sakit, dia meninggal dalam tidur,” kata Datin Noraini Yahya, 62, isteri Allahyarham Datuk Abd Aziz Hussain yang juga bekas Setiausaha Sulit kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein yang meninggal dunia kelmarin.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun.

Bercakap kepada media selepas upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat di sini, beliau berkata, pemergian Allahyarham tidak disangka.

“Selepas pulang membaiki kereta, saya terus tunaikan solat Asar kemudian kejutkan dia untuk solat, namun arwah sudah tiada,” katanya semalam.

Jenazahnya dikebumikan pada jam 11.15 pagi.

Selain berkhidmat dengan Abdul Razak, Abd Aziz pernah menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.

Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan dan seorang anak lelaki serta beberapa orang cucu.

Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut menziarahi jenazah dan menyertai jemaah menunaikan solat jenazah di Masjid Al-Akram Datuk Keramat.

myMetro 13 January 2016

0 comments:

Post a Comment