January 24, 2016

Buruh maut nahas motosikal

MOTOSIKAL mangsa remuk akibat merempuh belakang lori.

Muar: Seorang buruh binaan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori di Lebuh Raya Pintas Jambatan Kedua berhampiran Kampung Tengah, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, mangsa, Mohd Amirul Ashraf Zulkifli, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah di kepala dan badan.

Rakan mangsa dikenali sebagai Faris, 24, berkata, dia mengetahui kejadian itu jam 7 pagi melalui WhatsApp rakannya.

“Ketika kejadian, arwah dalam perjalanan dari Muar ke Melaka bersama beberapa rakan lain sebelum motosikalmya hilang kawalan dan melanggar lori berkenaan.

“Kemalangan itu mengakibatkan arwah parah di kepala dan anggota badan,” katanya.

myMetro 24 January 2016



0 comments:

Post a Comment