January 18, 2016

Bomba selamatkan warga emas lumpuh

Sibu: Kehadiran awal anggota bomba menyelamatkan wanita warga emas yang lumpuh daripada kebakaran rumah di Jalan Makmur, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi, wanita berusia 70-an itu ditemui terbaring di bilik di bahagian atas rumah dua tingkat berkenaan oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, jentera bersama 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 11.23 pagi.

Katanya, sebaik tiba, kepulan asap kelihatan dari bilik di tingkas atas rumah itu namun sempat dipadam awam sekali gus menyelamatkan rumah daripada terus musnah.

"Pemeriksaan di bilik tidur bersebelahan bilik yang terbakar membolehkan seorang wanita ditemui terbaring di atas katil sebelum dibawa keluar.

"Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan kerana dikhuatiri terhidu asap daripada peralatan elektrik yang terbakar,"katanya.

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar.

myMetro 17 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment