January 13, 2016

Bayi tiga bulan maut dalam kemalangan

KUALA TERENGGANU - Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut selepas kereta dipandu bapanya hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta lain di KM90 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Dungun, di sini semalam.

Akibat kejadian pada 7.20 pagi itu, bayi berkenaan Mohamad Amir Farhan Mohd Azhar meninggal dunia kira-kira 11 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Dungun akibat kecederaan parah di bahagian dada dan kepala.

Bapa mangsa, Mohd Azhar Abdullah tidak mengalami kecederaan manakala Fatin Noras Nanira Abdullah, 19, yang mendukung bayi itu di tempat duduk penumpang hadapan, mengalami kecederaan di bahagian dada dan kepala.

Pemandu kereta lain berusia 40 tahun itu patah kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan kemalangan itu.

"Siasatan lanjut berhubung insiden itu sedang dijalankan," katanya hari ini. - Bernama

11 Januari 2016

0 comments:

Post a Comment