January 13, 2016

Bas kilang terbabas di Langkap

Keadaan bas yang terbabas.

TELUK INTAN - Seorang pemandu bas kilang mengalami detik mencemaskan apabila kenderaan yang dipandunya terbabas di bahu jalan di Kampung Chui Chak, Langkap jam 6.30 petang semalam.

Walau bagaimana pun, pemandu bas berkenaan P. Endra, 25, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Langkap tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Nor Ahmad Mohd Sharif berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.42 petang semalam dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Berdasarkan maklumat bas berkenaan terbabas sebelum terbalik dan menghalang lalu lintas kedua-dua arah.

"Ketika kejadian bas berkenaan tidak membawa penumpang dan pemandunya berjaya keluar sendiri daripada bas tersebut selepas ia terbabas," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Nor Ahmad, anggotanya telah membuat pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada mangsa lain terlibat sebelum menyerahkan kes kepada pihak polis.

"Bas berkenaan juga sudah dialihkan menggunakan kren bagi memastikan laluan berkenaan boleh dilalui kenderaan lain.

"Operasi tamat pada jam 7.25 malam," katanya.

Sinar Harian 12 Januari 2016

0 comments:

Post a Comment