January 13, 2016

Bapa Wartawan Sinar Harian meninggal dunia

Hamizah sempat mencium dan memegang tangan bapanya sebelum disahkan meninggal dunia.

TAMPIN - Bapa kepada wartawan Sinar Harian Biro Negeri Sembilan, Hamizah Basir meninggal dunia kira-kira jam 4 petang semalam.

Allahyarham Basir Khalil, 70, juga merupakan pesara kerajaan disahkan meninggal dunia akibat kanser usus yang ditanggung sejak enam tahun lalu.

Menurut Hamizah, ayahnya mengalami sakit perut selepas subuh semalam dan dirujuk ke Hospital Tampin sebelum tidak sedarkan diri.

“Abah sempat pegang tangan saya. Saya sempat bercakap dengan abah walaupun dia tidak buka mata," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tampin, semalam.

Menurut Hamizah, bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga dengan tenang.

Allahyarham Basir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gemencheh Lama, di sini, lewat petang semalam.

Sinar Harian 12 Januari 2016

0 comments:

Post a Comment