January 3, 2016

ATM tolong hantar ke sekolah

ANTARA 62 pelajar dari Kampung Pemberian, Kuala Krai yang terpaksa menggunakan bot ATM untuk menyeberang Sungai Lebir pada hari pertama sesi persekolahan berikutan jambatan sementara masih belum boleh digunakan. FOTO Syamsi Shuhaimi

Kuala Krai: Enam puluh dua pelajar dari Kampung Pemberian, Kuala Krai terpaksa menggunakan bot Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyeberang Sungai Lebir pada hari pertama sesi persekolahan, hari ini berikutan jambatan sementara masih belum boleh digunakan.

Pelajar terbabit dari Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh, menggunakan perkhidmatan bot ATM seawal jam 6.40 pagi tadi berikutan jambatan sementara jetfloat yang dibina ATM tempoh hari terpaksa dialihkan untuk mengelakkan sisa balak tersangkut.

Jambatan sedia ada dihanyutkan arus deras pada Selasa lalu sebelum ATM membina jambatan sementara jetflot berkenaan.

Seorang pelajar Tuan Nazuha Amirul Tuan Mat, 15, berkata, dia bersama rakan terpaksa menggunakan perkhidmatan bot untuk ke sekolah memandangkan jambatan belum siap.

"Ini adalah pengalaman pertama saya ke sekolah dengan menaiki bot.

"Kami sangat berterima kasih kepada anggota ATM yang membantu kami menyeberang, "katanya ketika ditemui.

myMetro 3 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment