January 5, 2016

Anggota polis parah motosikal dirempuh kereta

Keadaan motosikal anggota polis dan kereta yang terbabit kemalangan.

Rawang: Seorang anggota polis berpangkat konstabel dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) cedera parah di kepala selepas dirempuh sebuah kenderaan di Batu 18 Rawang-Batu Arang, berdekatan Rawang Tin, semalam.

Dalam kejadian, 6.15 pagi itu, mangsa, Najmi Fazril Jasmin anggota URB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dipercayai dirempuh dari arah bertentangan di lokasi berkenaan.

Menurut sumber berkata, sebuah kereta Proton Wira dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh mangsa di lokasi kejadian.

“Pemandu kenderaan berkenaan dipercayai dari arah Green Park menuju Kuala Garing sebelum pemandu berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaan sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Kemalangan berkenaan berlaku apabila kenderaan berkenaan hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh mangsa,” katanya.

4 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment