January 14, 2016

Ajal pulang daripada bekerja

Keadaan motosikal mangsa. FOTO Mohd Hilmie Hussin

Alor Gajah: Pengurus projek syarikat di Seremban, Negeri Sembilan, Ezel Zarizzam Mohd Zaini, 43, maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan kereta berhampiran jejambat Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), di sini, 12.30 tengah malam tadi.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Merak Mas, Bukit Katil, Melaka, selepas habis berkerja.

Menurut sumber, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai dilanggar kereta menyebabkan mangsa melambung ke atas cermin depan bahagian kiri kereta dan tercampak ke tengah jalan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat mengikut 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi.

myMetro 13 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment