January 2, 2016

Ajal lepas bidik polis

SENJATA yang dirampas. FOTO ihsan Polis

Kuching: Empat penjenayah paling dikehendaki ditembak mati di ladang sawit di Kilometer 42 Jalan Bintulu-Miri, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1 pagi, sepasukan pegawai dan anggota daripada Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) Sarawak terserempak dengan kesemua suspek yang menaiki kereta curi ketika menjalankan rondaan cegah jenayah di Jalan Tun Hussien Onn, Bintulu sempena sambutan ambang tahun baru.

Bagaimanapun, suspek terus memecut menghala ke arah Bandaraya Miri sebelum kenderaan mereka terbabas berhampiran laluan masuk ke ladang sawit.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, penjenayah melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pump gun ketika anggota polis menghampiri kenderaan mereka.

Katanya, anggota polis bertugas terpaksa membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

"Dua lagi penjenayah cuba melarikan diri ke kawasan ladang sawit berkenaan. Namun, ketika anggota polis mengejar mereka, seorang daripadanya cuba menyerang anggota polis menggunakan parang menyebabkan tembakan terpaksa dilepaskan atas faktor keselamatan," katanya.

Difahamkan, kesemua penjenayah terbabit, yang dikenal pasti terbabit dalam sekurang-kurangnya 28 kes rompakan di negeri ini dalam usaha meloloskan diri daripada buruan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitternya, hari ini turut merakamkan penghargaan kepada IPK Sarawak di atas kejayaan berkenaan.

myMetro 1 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment