January 13, 2016

Ajal balik sekolah

Klang: Budak perempuan berusia 11 tahun maut selepas motosikal diboncengnya dilanggar lori sampah di Persiaran Hamzah Alang, Meru, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa dipercayai membonceng motosikal gurunya selepas pulang daripada sekolah agama.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori terbabit mengubah haluan secara tiba-tiba sebelum kenderaannya bergesel dengan motosikal yang dibonceng mangsa.

"Mayat mangsa dan gurunya yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

"Pemandu lori terbabit melarikan diri dan polis kini dalam usaha mengesannya," katanya.

myMetro 13 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment