January 31, 2016

80 buah rumah musnah dalam kebakaran di Tawau


Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu menyebabkan lebih 500 keluarga hilang tempat tinggal.

TAWAU - Kira-kira 80 buah rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Airport Lama di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu menyebabkan lebih 500 keluarga hilang tempat tinggal.

Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Ismaidi Ismail berkata, enam jentera dengan kekuatan 28 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.44 pagi.

Katanya, operasi berjaya dikawal kira-kira pukul 11.10 pagi dan punca sebenar kejadian serta kerugian masih dalam siasatan. - K! ONLINE

Kosmo 30 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment