January 13, 2016

6 tahun ulang-alik 240 kilometer

NURUL Fikrah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di SMK FELDA Pasoh Dua.

Jempol: Demi memenuhi tuntutan kerja sebagai pendidik, seorang guru sanggup menempuh perjalanan sejauh 240 kilometer dengan berulang-alik dari Port Dickson ke Jempol, sejak enam tahun lalu.

Nurul Fikrah Jamil, 36, guru Pendidikan Vokasional (pendawaian elektrik), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) FELDA Pasoh Dua, cekal menempuh perjalanan sejauh itu berikutan hanya dua sekolah di negeri itu menyediakan Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) iaitu di SMK FELDA Pasoh Dua dan SMK Dato Sheikh Ahmad, Seremban.

“Biarpun SMK Dato Sheikh Ahmad paling dekat dengan Port Dickson, saya tetap memilih mengajar di sini (Jempol) disebabkan sudah biasa dengan suasana persekitaran kawasan FELDA.

“Lagipun, di sekolah ini saya memulakan kerjaya sebagai guru sebaik menamatkan pengajian peringkat ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2003 sebelum mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah selama setahun,” katanya.

Memulakan tugas sebagai guru di sekolah berkenaan pada 2007, Nurul Fikrah berkata, sebelum berulang-alik, dia pernah menyewa rumah di Bandar Seri Jempol bagi memudahkannya ke sekolah.

myMetro 13 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment