January 3, 2016

40 serang kedai tomyam

Balik Pulau: “Beberapa kali saya merayu, namun mereka sangat kejam apabila memukul pekerja wanita di kedai saya sehingga pengsan,” kata Mariah Rahmat, 28, isteri kepada pemilik kedai tomyam yang menjadi mangsa amukan sekumpulan 40 lelaki di premis mereka di Sungai Ara, di sini, kelmarin.

Mariah, yang hamil tiga bulan turut mengalami pendarahan teruk apabila terjatuh hingga perutnya terkena bucu meja selepas ditolak seorang daripada suspek.

Menceritakan kembali kejadian itu, wanita terbabit berkata, kejadian berlaku jam 2.15 pagi ketika dia berada di dapur, manakala pekerja lain sibuk menyusun kerusi serta membasuh pinggan.

“Ketika kejadian hanya ada lima pelanggan di kedai sebelum sekumpulan lelaki memakai topi keledar meluru masuk melalui dapur, tepi dan juga depan kedai.

“Melihatkan kekecohan itu, saya cuba menghubungi suami, namun seorang daripada suspek bertindak luar kawalan apabila menolak saya hingga terjatuh dan perut terkena bucu meja,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

myMetro 3 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment