January 11, 2016

25 pertuduhan

Kuala Terengganu: Bekas pembantu tadbir Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun di Mahkamah Majistret 3 di sini, hari ini, atas 13 pertuduhan melakukan pengubahsuaian tanpa kuasa urus niaga cukai jalan.

Keputusan itu dibuat Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas tertuduh, Sahaslina Mat Yazid, 30, mengaku ber salah terhadap 13 pertuduhan mengikut Seksyen 5 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Rozianti menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi setiap 13 pertuduhan terhadapnya, namun Rozianti memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak.

Sementara itu, tertuduh yang berdepan 12 lagi pertuduhan mengikut seksyen sama turut dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Majistret Abdul Hayyi Salim ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret 1 di sini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas di bahagian pelesenan kenderaan didakwa melakukan pengubahsuaian tanpa kuasa dengan membuat pembatalan urus niaga lesen kenderaan motor berjumlah RM14,412.90.

Dia yang mempunyai dua anak itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di kaunter bahagian pelesenan kenderaan aras 1, JPJ Terengganu antara 1 Jun 2014 hingga 29 Oktober 2014.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nazlyza Mohamad Nazri manakala tertuduh diwakili peguam Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad.

myMetro 10 January 2016

0 comments:

Post a Comment