December 30, 2015

Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang


Bomba tiba ketika kedua-dua rumah kayu itu sudah hampir musnah

Mukah: Seramai 13 penghuni daripada tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Petanak Hulu di sini, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, sebuah kereta jenis Honda Accord dan dua motosikal Honda EX5 turut musnah.

Katanya, sebuah jentera bersama sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 1.35 petang.

"Sebaik tiba bomba mendapati api sudah marak membakar hampir keseluruhan rumah kayu berkenaan sebelum api berjaya dikawal setengah jam kemudian.

"Tiada mangsa cedera dalam kejadian itu dan siasatan punca kebakaran serta jumlah kerugian sedang dilakukan," katanya.

myMetro 30 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment