December 21, 2015

Tiga das tembakan


Tumpat: Lelaki berusia 34-an maut dipercayai ditembak ketika cuba menyamun kedai serbaneka di Taman Desa Putra, Pasir Pekan, di sini, pada 2.50 pagi, hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian, seorang pekerja kedai berkenaan melihat lelaki itu masuk ke kedai sambil memegang pisau dan segera menghubungi polis.

Saksi kejadian Murugaiah Karapayan, 69, berkata, dia sedang tidur di premis bersebelahan kedai itu sebelum terjaga apabila mendengar bunyi tiga das tembakan.

"Saya berada di tingkat atas kedai saya dan mendengar bunyi bising dan tembakan itu. Tapi, tidak berani untuk melihat apa yang berlaku.

"Apabila keadaan tenang, barulah saya menghampiri kawasan berkenaan dan melihat seorang lelaki terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

"Ketika itu polis sudah mengawasi tempat kejadian," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim akan mengadakan sidang media di Pengkalan Chepa, pada 1.30 petang ini.

myMetro 19 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment