December 4, 2015

Terpaksa naik 2 bas, feri pergi kimoterapi

SAODAH Man menemani anaknya Mohd Johari ketika ditemui di rumahnya di Kampung Air Kapar, Malau, kelmarin.

Baling: “Setiap kali hendak mendapatkan rawatan kimoterapi di Hospital Pulau Pinang (HPP) saya terpaksa menaiki bas dari Kulim ke Butterworth dan menaiki feri sebelum menaiki bas semula ke hospital kerana tidak mampu.”

Begitu kata Mohd Johari Hashim, 30, yang menghidap kanser paru-paru tahap tiga yang terpaksa berulang- alik ke hospital untuk menjalani rawatan kimoterapi.

Menurutnya, kebiasaannya selepas rawatan dia akan pulang semula ke Kulim, dekat sini, dan berehat beberapa hari di rumah adiknya kerana tidak larat untuk pulang ke rumah ibunya di Kampung Air Kapar, Malau, di sini, akibat kesan rawatan itu.

“Saya perlu membuat kimoterapi sekali dalam sebulan dan kos ke sana sekitar RM200 termasuk kos perjalanan dan ubat-ubatan,” katanya, di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubunginya talian telefon 012-4800589/ 013-5898921.

myMetro 3 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment