December 29, 2015

Tepuk dada sebelum rebah


ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa di perhentian bas.

Melaka: Seorang lelaki Myanmar sempat meminta bantuan pemuda yang bekerja di pusat memproses ayam untuk menghantarnya ke hospital sebelum rebah dan disahkan meninggal dunia di sebuah perhentian bas di Jalan Pokok Mangga, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Khiong Soe Maune berusia lingkungan 30 tahun sedang menunggu bas namun secara tiba-tiba meminta bantuan daripada pemuda terbabit yang secara kebetulan berjalan melintasi perhentian bas berkenaan.

Peniaga gerai makan yang mahu dikenali sebagai Shilah, 49, berkata, dia melihat mangsa berbual dengan lelaki terbabit sebelum rebah secara tiba-tiba menyebabkan orang ramai bergegas membantu.

“Saya lihat mangsa menepuk dadanya sendiri beberapa kali sebelum rebah, dalam keadaan cemas pemuda terbabit berlari ke tempat kerjanya berhampiran perhentian bas untuk meminta bantuan rakannya yang lain.

“Beberapa penunggang motosikal turut berhenti untuk membantu, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian,” katanya.

myMetro 29 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment